Thursday, December 2, 2010

TADIKA ANUGERAH CEMERLANG

 PENDAFTARAN UNTUK TAHUN 2011 DIBUKA
Program di Tadika Anugerah cemerlang adalah untuk membantu perkembangan penyeluruh kanak-kanak. Kami menekankan kepentingan kendiri, bersikap positif terhadap pembelajaran,berusaha, berfikir kreatrif dan inovatif. Perancangan bersepadu dirancangan mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan  (KSPK).  Perkembangan potensi kanak-kanak dapat ditingkat melalui hand-on dan pengalaman yang dilalui melalui pembelajaran sambil bermain.


Kenapa memilih TADIKA ANUGERAH CEMERLANG
    1. Kumpulan yang kecil supaya pembelajaran dapat dijalankan dengan penuh tumpuan.
    2. Pengalaman secara hand-on akan membantu kanak-kanak menjadi lebih cerdas.
    3. Kami menggunakan  pendekatan berorientasikan permainan, kanak-kanak mengilhamkannya dengan sokongan guru-guru akan dapat mengembangkan keyakinan dan harga diri kanak-kanak.
    4.  Dengan menggunakan Kurikulum standard prasekolah kebangsaan dan gandingan bersama program falsafah kami, kanak-kanak ini akan bersedia untuk menjejaki kaki ke sekolah rendah dengan penuh keyakinan.
          Kami menggunakan pendekata ‘Developmental Appropriate Practice’ (DAP) melalui bermain sambil belajar, percaya bahawa kerjasama ibu bapa, guru-guru dan suasana memainkan peranan penting dalam  mempertingkatkan kematangan berfikir kanak-kanak.

Kami juga menyediakan perkhidmatan Penjagaan kanak-kanak, supaya ada penyenambungan dalam membimbing kanak-kanak. Ini dapat membantu ibubapa yang berkerja untuk tenang bekerja dan anak-anak mereka terus dapat dididik dalam keadaan teratur. Kanak-kanak yang berada di pusat ini akan digalakan untuk bersolat bersama-sama mereka. Bagi mereka yang telah mengetahui akan digalakkan untuk menjadi imam dan ketua dalam kumpulan. Kanak-kanak ini juga akan didedahkan dengan surah-surah pendik , zikir dan doa-doa yang harus diamalkan oleh mereka. Begitu juga dengan kerja sekolah, mereka akan diberi tunjukajar oleh pengasuh-pengasuh yang bertugas. Keselamatan dan kebersihan menjadi keutamaan kami. Perkembangan menyeluruh 












No comments:

Post a Comment