"ya Allah,berkatilah kami pada bulan rejab dan bulan sya'aban dan sampaikanlah kami pada bulan ramadhan"
Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban bakal berlalu Ramadhan bakal menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera…
Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi…
Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi…
Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka…
Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari…
Pihak Anugerah Cemerlang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga bulan yang mulia ini dapat kita penuhi dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Pencipta.
gersang bumi tanpa hujan
gersang akal tanpa ilmu
gersang hati tanpa iman
gersang jiwa tanpa amal
... MARHABAN YA RAMADHAN ...